Pagi-pagi tadi Miss K telah menerima perkhabaran daripada seorang teman tentang bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim yang dikatakan telah putus cinta dengan Wak Doyok.

Kata teman Miss K itu, sejak putus cinta dengan ikon fesyen misai melintang itu, Azrinaz telah menukar penampilannya dan mengenakan tudung.

Menerusi emel yang dikirim kepada Miss K, foto Azrinaz dengan imej barunya itu diambil ketika dia sedang meraikan sambutan hari lahir seorang rakannya di sebuah restoran terkemuka di ibu negara.

Sejuk hati Miss K melihat foto Azrinaz bertudung, nampak begitu manis dan anggun sekali.

Azrinaz juga kelihatan lebih bertenaga dan muda dari usianya yang sebenar. Tambah-tambah lagi Azrinaz memiliki senyuman yang manis semulajadi.

Miss K difahamkan, Azrinaz juga telah memadam akaun Instagramnya dan bagi Miss K dia mungkin mempunyai sebab tersendiri berbuat demikian.

Mungkin mahu menjaga tertib dengan penampilannya yang terkini, Azrinaz mengambil keputusan tersebut? Siapa tahu?

Apa-apa pun Miss K percaya ramai peminat yang mendoakan Azrinaz agar kehidupannya lebih bahagia dan terbaik.

MISS K: Bergetar jiwa melihat lakonan Fattah Amin dan Neelofa dalam Suri Hati Mr Pilot.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!