Peminat dan pengikut Instagram (IG) Hafiz Suip berkongsi rasa teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi lelaki bersama isterinya, Nureffy Jasreel.

Rasa teruja tersebut diluahkan pengikut Hafiz selepas dia memuat naik beberapa foto 'maternity’ di IG.

Pada ruangan komen, peminat turut mendoakan agar Nureffy mudah melahirkan nanti dan berharap agar bayinya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Nureffy kini hamil 32 minggu dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan Januari tahun depan.

Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah pada 14 Mei 2016 di Kuching, Sarawak.

Astro Gempak sekali lagi ingin mengucapkan tahniah, semoga anak dalam kandungan sihat dan dilahirkan dengan selamat tidak lama lagi.

Berikut merupakan foto-foto yang dikongsi:







Foto: Instagram @tuty_photography / @hafizshuip