Pelikkan? Ayam warna kuning? Rasanya inilah pertama kali kita mendengar tentang kewujudan ayam berwarna kuning.

Tapi kalau anak ayam colorful tu pernahlah dilihat sebab suatu ketika dulu ia sangat popular dan dijual di banyak tempat tau!

Wujud atau tidak ‘ayam warna kuning’ kenalah sama-sama saksikan episod kelima Famili LEGOLAND malam ini.

Hos Famili LEGOLAND, Awal Ashaari dan Sherry Alhadad pun tertanya-tanya wujud atau tidak ayam berwarna kuning.



Program realiti bertemakan kekeluargaan, Famili LEGOLAND merupakan game show pertama LEGOLAND® Malaysia Resort.

Menerusi Famili LEGOLAND dua buah keluarga yang bertanding diberi tugasan untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang terdapat di taman tema LEGOLAND Malaysia.

Menariknya program ini, kanak-kanak yang bakal menjadi ketua kumpulan dan merancang strategi untuk kumpulan masing-masing!

Setiap peserta turut memberi saingan sengit untuk mendapatkan “LEGOLAND VIP expedition”, sesi khas bersama Model Builder (pereka model lego), ekslusif bersama maskot LEGOLAND, tour esklusif dengan Guide dan VIP enterance dan pemenang mendapat minilander sendiri iaitu, identiti mereka akan di buat dengan lego dan akan diletak di “Miniland”!!!

Wowww! Hebat bukan???

Yang pastinya, penonton di rumah yang menonton pasti teruja menonton para peserta melakukan cabaran dan terasa seperti mahu mencuba semua cabaran dilalui mereka sendiri!

Enam episod yang disiarkan, kesemuanya menunjukkan tarikan berbeza yang terdapat di LEGOLAND Malaysia resort.

Penonton juga dapat mengetahui segala jenis pertunjukkan dan ride yang terdapat di LEGOLAND Malaysia resort, selain dapat dapat melihat sendiri keunikan Hotel bertema LEGOLAND.

Kalau anda ingin tahu lebih mengenai LEGOLAND sambil berseronok, saksikan Famili LEGOLAND setiap Isnin jam 9 malam di Astro Ria (104) dan ulangannya pada setiap Sabtu, 10 pagi di Astro Ceria (611).



Tak rugi jika anda menonton program realiti pertama LEGOLAND ini kerana ada tawaran pakej istimewa Famili LEGOLAND. Saksikan rancangan untuk mendapat maklumat lanjut. Jangan terlepas peluang ini.

LEGOLAND Malaysia Resort merupakan LEGOLAND Park yang pertama di Asia yang terdiri daripada Theme Park, Water Park and LEGOLAND Hotel.

Lebih daripara 23 ribu Model Lego pelbagai karakter yang 100% diperbuat daripada lego ada di seluruh LEGOLAND dan terdapat lebih daripada 70 rides, pertunjukan dan pelbagai tarikan lain.