Pelakon Saharul Ridzwan menerusi akaun Instagram (IG)nya memuat naik entri sedang terlantar sakit di hospital.

Pada ruangan kapsyen, Saharul memberitahu dia menghadapi masalah kesihatan akibat durian serta salah memilih kawan.

"Sakit itu penghapus dosa, tetapi kalau diri sendiri yang cari penyakit, macam mana? Semua sebab salah pilih kawan, tak ada emoji durian," tulisnya.

Di ruangan komen peminat Saharul mendoakan agar pelakon itu segera sembuh dan kembali sihat seperti biasa.

@fleur.malaysia: 'Semoga sembuh sepenuhnya dan digantikan dengan hikmah yang lebih baik. Aameen.

@noraznizawati: 'Get well soon Saharul. Jangan lupa untuk makan ubat. Jaga diri selalu.

@hulutanjung13: 'Jaga diri bro. Tiada siapa yang boleh tolong anda selain diri sendiri. Pandai-pandai cari dan pilih kawan sejati.

@syazahhra: 'Cepat sembuh yea. Semoga Allah angkat segala penyakit dan juga kesakitan yang ada pada Saharul. Insya Allah.

@r3nofficial: 'Semoga lekas sembuh, cepat diangkat penyakit tu dan diberi kesihatan seperti sedia kala. Semoga sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilakukan.