Konsert minggu keempat ini bakal menyaksikan paduan dan lontaran vokal hebat bintang-bintang GegarVaganza (GV4) bersama pasangan duet masing-masing.

Dengan tema ‘Berdua Lebih Baik’, 10 bintang yang akan membuat persembahan adalah Aqasha, Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Lan Kristal, Tia Jinbara dan Firman Siagian.

Sepanjang minggu keempat ini juga, 10 bintang berkenaan sibuk melakukan latihan bersama pasangan duet masing-masing untuk mencari keserasian sebelum membuat persembahan malam nanti.

Dalam pada itu, menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi minggu lalu, hos GV 4, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan Raja Azura menjadi bintang kedua tersingkir selepas berada di kedudukan terakhir.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu keempat:

1. Liza Hanim & Hafiz Suip – Dirgahayu -

2. Haida & Ezad Ladzim – Memori Daun Pisang

3. Hazami & Azharina – Jangan Pisahkan

4. Syura & Bob – Selasihku Sayang

5. Aishah & Sam Induendo – Ceritera Cinta

6. Tia Jimbara & Aweera – Arjuna Mencari Cinta

7. Lan Kristal & Siti Nordiana – Naluri Cinta

8. Aqasha & Tomok – Cinta Ini Membunuhku

9. Firman Siagian & Misha Omar – Biar Menjadi Kenangan

10. Elyana & Aepul Drama Band – Aku Yang Tersakiti



GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Mya Amri