Sedang Miss K mahu mencedok lauk makan malam, tiba-tiba telefon Miss K berdering.

Rakan Miss K yang merupakan salah seorang krew terlibat dalam program Sepahtu Reunion Live menghubungi Miss K.

Rakan Miss K membawa berita mengenai pelakon cantik, Fathia Latiff dan nada suara rakan Miss K itu kedengaran marah bercampur kecewa.

"Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul.

Minggu Lepas kita ada @uqashasenrose2 tapi minggu ini kita @fatiyalatiff sebagai penampilan istimewa di Sepahtu Reunion esok. jam 6 petang esok di facebook @zonlawak tau korang boleh borak ngn dia hehe . #SepahtuReunionLive 2017 setiap jumaat jam 10 malam di Astro Warna dan Warna HD. #LawakOverDose

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


"Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu. Hadoo dia angkat! Akhirnya dia dapat dihubungi tetapi jawapan standard yang kami dapat, on the way, on the way, on the way.

"Semua orang dah menggelupur, kalau dia tak datang, nak ganti dengan siapa? Lepas tu datang lambat ni pun satu hal jugak, macam mana nak buat rehearsal dengan ahli Sepahtu yang lain?

"Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab dia ada sesi FB Live. Dah siap hebahkan kot di Instagram Zon Lawak, tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!

Nak sembang-sembang dengan @fatiyalatiff Korang jangan lupa saksikan FB LIVE bersama @fatiyalatiff Pukul 6 Harini di Facebook Zon Lawak (https://www.facebook.com/PortalZonLawak/)

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


"Memanglah program ini program lawak tapi semua benda pun ada latihan kan. Nanti kalau tak faham cerita, nampak janggal pula atas pentas tu nanti.

"Rupa-rupanya on the way tu berlangsung lama sangat. Selepas jam 8.00 malam baru dia muncul. Padahal pukul 10 malam nak live dah ni! Macam mana nak rehearsal? Make up? Tukar baju?

"Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?

"Tenaga produksi terpaksa muncul dengan Plan B. Nasib baik ada Siti Elizad yang mahu bekerjasama sebagai bidan terjun! Walaupun diberitahu last minute, kami puji kesungguhan Elizad yang bersedia untuk membantu dan menyelamatkan keadaan," kata kawan Miss K panjang lebar.

Kalau nak ikutkan, panjang lagi aduan kawan Miss K tu tapi biarlah Miss K simpan sendiri. Dah macam novel pun ada. Dalam satu malam tu macam-macam jadi.

Nasihat Miss K buat Fathia, ubahlah perangai tu ye. Nak cakap awak tu artis baru, tak juga.

Fathia dah bertahun-tahun bergelumang dalam bidang hiburan dan rasanya awak dan semua orang pun tahu bahawa disiplin merupakan perkara yang paling utama.

Tak baik buat orang tertunggu-tunggu dan anda harus menghormati masa orang lain!

Miss K: Dengar cerita, ada artis yang masih nak kena hisap 'bahan terlarang' sebagai suntikan semangat sebelum muncul atas pentas melakukan sesebuah persembahan. Alamak, siapa tu? Mohon bertaubat sebelum terlambat!