Seorang wanita bernama Amina Jasmine menceritakan pengalaman berdepan dengan proses pemindahan kubur arwah ibunya.

Amina berkongsi kisah tersebut menerusi lama Facebook miliknya.

"Alhamdulillah, selesai pemindahan kubur mak. 12 tahun mak pergi menghadap Ilahi. Jenazah mak elok. Masih dalam keadaan kiam. Kain kafan mak tak koyak.

"Bantal dan tali masih ada. Susuk badan mak jelas dipandangan mata kami yang menyaksikan tadi. Cukup sifat dan tak berbau. Allahuakhbar. Maha suci Allah.

"Dia wanita yang lembut. Tak suka mengata orang lain. Tak suka mencerca orang lain. Mak sangat mudah mengalirkan air mata. Hatinya bak tisu mudah terkoyak. Setiap cerca orang mak balas degan senyuman dan air mata. Dengan suami mak bersabar.

"Dan siapa sangka dalam kepadatan tanah perkuburan Bukit Alif. Mak dapat dikebumikan sebelah kubur arwah ayah. Maha suci Allah.

"Setelah 12 tahun mak pergi, Allah beri aku 'sesuatu'. Tentang hidup ini, hati ini, keinsafan ini. Maaf andai perkongsian ini menjadi kalian tidak selesa. Tetap jadikanlah ia sebagai iktibar dan ingatan agar kita terus berusaha membaiki hati dan amal kita. Maaf dari saya insan yang jahil.

"Pemindahan kubur ini kerana tanah perkuburan telah diambil bagi projek pembangunan. Semua jenazah dipindahkan ke tanah perkuburan mengikut kehendak waris. Wallahualam. Cari redha Allah," tulis Amina.

Status yang dicoretkan Aminah mendapat hampir 17,200 perkongsian pengguna Facebook serta 8,000 komen netizen.

Rata-rata komen yang ditinggalkan memuji kebesaran Allah dan netizen turut mendoakan agar arwah ibu Amina ditempatkan dikalangan orang beriman.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Facebook Amina Jasmine