Penyanyi rap dan juga bekas anggota Running Man, Kang Gary kini bergelar bapa.

Kang Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun menyampaikan berita gembira itu menerusi laman Instagram (IG) miliknya sebentar tadi.

Gary juga turut memuat naik satu foto yang menunjukkan telapak kaki anaknya yang kemerah-merahan khas buat tatapan peminat dan disertakan dengan kapsyen ringkas ‘Gary Junior’.



Foto itu juga turut dikongsi oleh peminat Running Man diseluruh dunia menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan juga IG dengan hashtag #GaryJunior.

Dalam pada itu, ruangan komen di foto berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April lalu secara rahsia tanpa sebarang majlis.Foto: Instagram @halyang_kanggary