Penyanyi Asfan Shah melahirkan rasa syukur apabila isterinya, Ain Sakinah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada jam 2.22 pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Asfan menerusi akaun Instagram peribadinya, @asfanshah hari ini.
Dalam perkongsian itu, Asfan, 32, juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahteraan isteri dan bayi mereka.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah SWT. Isteri saya selamat dan baby berjaya keluar dengan normal pada 17.11.17, Jam 2.22 pagi.
“Terima kasih atas doa anda semua. Yes! Kali ini memag ‘nervous’ berbanding abang-abang dia masa berada dalam dewan bersalin bersama doktor. Tak dapat nak gambarkan. Fuhhh. Hehe. I love u mommy @dnahrazali,” tulisnya.Sementara itu, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan tidak sabar untuk melihat wajah anak ketiga pasangan berkenaan.
Asfan dan Ain telah mendirikan rumah tangga pada 23 Ogos 2012 dan dikurniakan dua anak lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.
Foto: Instagram @asfanshah
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat