Pasangan terkenal korea, Lee Min Ho dan Suzy Miss A dilaporkan telah berpisah selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta bersama-sama.

Menurut laporan Allkpop, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah kerana kedua-dua mereka ingin memberi fokus kepada kerjaya.

"Mereka bersetuju untuk berpisah kerana masing-masing mempunyai masalah peribadi yang mungkin tidak boleh dikongsikan kepada umum.

"Namun, mereka telah berjanji akan menjadi rakan baik dan saling berhubung diantara satu sama lain walaupun tidak bergelar pasangan kekasih," kata sumber.

Pihak pengurusan kedua-dua mereka iaitu YP Entertainment (Suzy) dan MYM (Lee Min Ho) secara rasmi mengesahkan mengenai perpisah pasangan itu kepada umum.

Namun, mereka tidak memberitahu secara terperinci punca sebebenar yang terjadi sehingga menyebabkan Lee Min Ho dan Suzy Miss A berpisah.

Ternyata berita mengenai perpisahan diantara Lee Min Ho dan Suzy Miss A telah membuatkan para peminat mereka berasa sedih.

Sumber: Allkpop