Selain menu yang ditawarkan, rupa paras Wana yang cantik juga merupakan antara sebab peniagaannya mendapat sambutan hangat.
Perniagaan Nasi Ayam Bakar Blackpaper Sos dan Nasi Perang (brown rice) ini terletak di Taman Medan, Petaling Jaya.
Wana mula menghebahkan perniagaannya menerusi laman sosial Twitter miliknya @wanasulaiman21 semalam dengan cara meminta warga Twitter untuk ‘retweet’ statusnya bagi tujuan promosi.
Salam saya menjual Nasi ayam bakar blackpepper sauce & Nasi brown rice(beras perang). For those nak diet sangat sangat bagus makan brown rice& ayam bakar.?? Our best seller is Nasi Ayam Bakar Blackpepper sauce. location kami di taman medan petaling jaya. RT utk rezeki saya. Tq pic.twitter.com/9sF8VrbKax
— WANA (@wanasulaiman21) November 14, 2017
Selain itu, Wana juga turut memberitahu keistimewaan nasi ayam bakarnya kepada umum.
Ayam potong 4.besar dah puas hati dan perap sendiri. bahan perap semuanya healthy mengunakan rempah yang berkualiti.?? pic.twitter.com/47fl7LsGjD
— WANA (@wanasulaiman21) November 14, 2017
Nasi Ayam Bakar Blackpepper sauce peha thigh RM6.50 & kepak dada RM7 . Nasi brown rice sambal belacan peha thigh RM7 & kepak dada RM7.50.
— WANA (@wanasulaiman21) November 14, 2017
Location boleh waze or google maps AYAM BAKAR LELEH petaling jaya. pic.twitter.com/UbTRF96u1H
Kehebatan kuasa viral membuatkan Wana mendapat lebih 5,000 retweet dan hampir 3,000 likes.
Dalam pada itu, netizen juga tidak ketinggalan mengusik Wana dek kerana kecantikan yang dimilikinya.
Tidak kurang juga ramai yang menyatakan rasa puas hati dengan kesedapan nasi ayam bakar itu.
Netizen juga turut memberikan kata-kata perangsang dan memuji usaha Wana yang gigih menjalankan perniagaan tersebut.
goodluck dalam perniagaan yang dijalankan semoga murah rezeki
— Yus (@kenakiyus) November 14, 2017
Makwe lawa jual nasi ayam. Comfirm laku. Nampak sedap ?
— xxjejaiiiiiixx (@ezallafrizall) November 14, 2017
kenapa tuan yg bakar ayam ni lebih baik. saya tak kuat
— Kie (@ZakieFox) November 14, 2017