Ehem! Ehem! Miss K hidu cinta lokasi...Kali ini Miss K dengar bintang utama filem Busker, Daiyan Trisha dan Hafeez Mikail sedang dilamun cinta.

Khabarnya kedua-dua pelakon berbakat besar ini rapat sejak mula membintangi filem Busker bersama dan kerap keluar bersama.

Baru-baru ini ada sumber yang nampak Hafeez menemani Daiyan di sebuah majlis semata-mata mahu menyokong penyanyi cantik itu membuat persembahan.

Bukan itu sahaja, ketika malam gala filem Tombiruo awal bulan Oktober lalu pun Daiyan dan Hafeez datang bersama dan selepas tamat tayangan mereka keluar minum berdua.

Kalau tak silap Miss K, Anugerah EH baru-baru ini pun mereka duduk berdua. So sweet!

Jika betullah Daiyan dan Hafeez sedang bercinta, Miss K happy sebab rasa-rasanya mereka pun masih single-mingle.

Alahai, tak sabar pula Miss K nak tengok filem Busker lakonan Daiyan dan Hafeez yang akan ditayangkan pada 11 Januari depan.

Khabarnya filem terbitan Astro Shaw ini juga sangat-sangat berbeza dengan naskah lain sebab Busker akan membawa kita imbau kembali filem-filem seperti Azura, Ali Setan, yang cukup popular suatu masa lalu, bahkan hingga kini masih diterima ramai.

Busker, menampilkan cinta remaja di zaman kolej, diarahkan oleh Syed Khairul Fariz dan dijayakan pelakon baru dan popular seperti Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan.

Filem yang baru tamat penggambaran akhir tahun lalu ini juga turut menampilkan beberapa cameo seperti MonoloQue, Man Bai, Luqman Hafidz, Elizabeth Tan, Aziz M Osman, Jihan Muse, Mark Adam, Zain (Ruffedge) dan Altimate.

Miss K: Sedang siasat siapa pelakon ‘buntingkan’ kekasih...Hmmm...