Pelakon baru Hanna Aqeela mengakui tidak memandang populariti sebagai kelebihan yang perlu ada pada seorang selebriti.

Hanna atau Hanna Aqeela Mohd Rosni, 27, berkata, dia bersyukur kerana masih menerima tawaran sejak melibatkan diri dalam industri lakonan.

"Saya tiada masalah mengenai populariti kerana saya mengakui perjalanan dalam bidang ini memang agak lambat.

"Walaupun tidak popular namun rezeki saya dalam industri tidak putus dan semakin banyak serta mula dikenali dalam kalangan produksi.

"Alhamdulillah dengan tawaran yang diberikan dan saya serah segalanya kepada rezeki.

"Bagi saya popular itu bukan sesuatu yang utama kerana jika lakonan saya bagus sudah tentu orang akan sedar kehadiran saya dalam industri ini," katanya kepada Astro Gempak.

Hanna Aqeela berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Dubai My Love, di Cathay Cineplexes, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi