Beberapa komen penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selepas lagu nyanyiannya Mata tidak terpilih ke Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), tular di media sosial.

Pengikut Instagram Ayda, telah menulis ucapan semangat di ruangan komen pada salah satu entri yang dimuat naiknya semalam.

Bagaimanapun, selepas Ayda membalas beberapa komen di entri tersebut, ada peminat (mungkin juga haters) yang menganggap dia sentap kerana lagu ciptaan Audi Mok, Shazee Ishak dan dirinya itu tidak terpilih untuk dipertandingkan di AJL 32.

Sungguhpun ada yang membuat telahan sendiri, para peminat Ayda meminta penyanyi tersebut tidak berputus asa dan akan menghasilkan lagu yang lebih baik pada masa akan datang.

Kepada Ayda, teruskan berkarya dan jangan putus asa ya!

Dalam pada itu, 12 lagu yang mara ke AJL 32 ialah:

Keputusan 12 Lagu Finalis Anugerah Juara Lagu 2018 AJL 32 (Rasmi Finalis)

Daripada 30 senarai lagu yang bertanding, hanya 12 lagu finalis lagu sahaja yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu 2018 (AJL 32). Berikut adalah senarai 12 Finalis lagu AJL 32.

Tahniah 12 lagu yang mara ke Pentas AJL32
1. Faizal Tahir – Sejati
2. Haqiem Rusli – Tergantung Sepi
3. Hael Husaini – Jampi
4. Dayang Nurfaizah – Separuh Mati Ku Bercinta
5. Altimet – Amboi
6. Syamel – Lebih Sempurna
7. Hazama – Aku Yang Sebenar
8. Salma – Akhirnya Cinta
9. Wany Hasrita – Menahan Rindu
10. Syamel & Ernie Zakri – Aku Cinta
11. Khai Bahar – Bayang
12. Ara Johari – Warkah Untukku

12 lagu yang mara bakal berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang akan diadakan di pada Februari depan.

Foto: Instagram Ayda Jebat