Ada Prinsip, Salman Khan Tolak Babak Bercium Dengan Katrina Kaif

14 November 2017. 5.06 PM
3,696
Hiburan
Ada Prinsip, Salman Khan Tolak Babak Bercium Dengan Katrina Kaif
Pelakon popular Bollywood, Salman Khan, dilaporkan masih berpegang kepada prisipnya bergelar sorang pelakon apabila menolak melakukan adegan intim dengan pelakon, Katrina Kaif.

Menurut Bollywoodlife, sebagai seorang pelakon Salman tidak mahu menjejaskan imejnya sebagai seorang selebriti apabila melakukan adegan intim dalam filem lakonannya.

"Ramai yang beranggapan bahawa Salman akan melanggar prinsipnya dan akan bercium dengan heroinnya apabila digandingkan dengan Katrina.

"Namun, tanggapan tersebut adalah salah kerana Salman telah menolak secara baik untuk tidak menjayakan babak bercium meskipun dipujuk oleh pengarah.

"Tak sangka Salman masih mengotakan janjinya sejak lebih setahun lalu meletakkan syarat untuk tidak menjayakan watak hitam dalam lakonannya," kata sumber.

Sebelum ini Salman juga dilaporkan pernah menolak untuk membintangi filem Baazigar kerana tidak mahu menjayakan babak intim.

Sumber: Bollywoodlife

Artikel Berkaitan