Masuk Je Pitching Jahanam!!! – Mas Idayu ‘Naik Hantu’ Ketika Komen Persembahan Baby Shima

14 November 2017. 5.11 PM
7,240
Viral
Masuk Je Pitching Jahanam!!! – Mas Idayu ‘Naik Hantu’ Ketika Komen Persembahan Baby Shima

Komen ‘keras’ penyanyi dan juga komentator program D’Academy Asia, Mas Idayu terhadap peserta dari Malaysia, Baby Shima, menjadi viral di laman sosial.

Menerusi perkongsiaan Kaki Viral di laman Facebook mereka, video tersebut setakat ini sudah dilihat lebih 800 ribu kali oleh netizen.

Mas Idayu dikatakan telah memarahi Baby Shima kerana tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan penyanyi tersebut.

Komen dan kritikan Mas Idayu terhadap Baby Shima telah mengundang pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya menganggap diva dangdut Malaysia itu melampau dan berlebih-lebih.

Baby Shima dilihat menangis ketika Mas Idayu memberi komen dalam nada yang tinggi terhadapnya dan berpendapat persembahan peserta dari Malaysia itu yang paling teruk.

“Apa yang Shima buat malam ni? Mungkin bila melihat persembahan Mummy boleh tersenyum tapi bila masuk je ‘pitching’ jahanam semuanya!,” kata Mas Idayu.




D’Academy Asia merupakan sebuah program realiti pencarian penyanyi dangdut peringkat Asia yang ditayangkan di Indosiar dan Vidio.com.

Program terbitan Indonesia Entertainmen Produksi ini sudah pun memasuki musim ketiga.

Video: Facebook Kaki Viral
Foto: Instagram Baby Shima, Mas Idayu

 


Artikel Berkaitan