Memegang watak Daniyal dalam drama bersiri Red Velvet, lakonan aktor Alif Hadi mencuri tumpuan peminat.

Menerusi komen yang ditinggalkan di laman Instagram miliknya, peminat gemar dengan watak yang dibawakan oleh Alif

“Alhamdulillah, saya sendiri tak sangka lakonan saya dalam drama bersiri Red Velvet mendapat perhatian peminat.

“Mereka gemarkan karakter Daniyal. Mereka suka melihat Daniyal angau dan mahu melihat saya angau di luar juga. Saya tak kisah kerana itu menjadi tanda lakonan saya diterima,” kata Alif kepada Astro Gempak.

Tambah Alif, dia bersyukur drama bersiri ini dapat menguatkan namanya dalam bidang lakonan.

“Apabila peminat memberikan maklum balas yang positif, saya sangat bersyukur. Saya akui, watak saya lebih santai dalam Red Velvet.

“Semuanya saya anggap sebagai rezeki. Mungkin ini merupakan peluang saya untuk muncul dalam slot Megadrama yang memang menjadi tumpuan ramai pihak,” katanya ketika ditemui Majlis Tamat Penggambaran Red Velvet di SukaSucre Bistro, semalam.

Majlis serba ringkas itu telah mendapat penajaan lokasi dan makanan oleh pemilik SukaSucre Bistro, Datuk Fazley Yaakob.

Bukan itu sahaja, SukaSucre Bistro juga menjadi salah satu lokasi penggambaran drama ini termasuk kemunculan Fazley sendiri sebagai penampilan khas.

Antara hidangan yang disediakan oleh SukaSucre Bistro adalah Pasta Daging Salai Lemak Cili Api, Meehoon Goreng, Nasi Goreng Ayam, kek cawan Red Velvet dan kuih-muih.

Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @alifhadi & @fazleyyaakob

#Redvelvet kini shoot di @sukasucrebistro tau! @neelofa @alifsatar Jemput datang ya, kami mula buka esok

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on