Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 32, telah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 6.32 petang semalam.

Lufya bersalin secara normal dan bayinya berada dalam keadaan sihat dengan berat 3.39 kilogram.

“Alhamdulillah, syukur Baby L dilahirkan secara normal dan dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.

"Daddy dah macam cheerleader dalam bilik bersalin semalam. Untungnya Baby L, Daddy dia sendiri yang potong tali pusat dia,” tulisnya di Instagram petang tadi.

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah syukur our princess #babyL selamat dilahirkan secara normal dan baby dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya. Dilahirkan pada tarikh 11.11.17 jam 6.32 petang dengan berat 3.39kg. Terima kasih Dr. Arifah yang dibantu oleh suami @chehafiz007 menyambut kelahiran Baby L dengan baik. Daddy dah macam cheerleader kat labour room semalam? Untungnya baby L daddy die sendiri yang potong tali pusat die.. Amboiii daddy's girl sangat! Terima kaseh kepada seluruh keluarga Lufya & Hafiz yang tak putus-putus mendoakan dan tidak lupa juga sahabat, penyokong industri, followers yang memberikan kata-kata semangat, dan doa anda. Sayang sokmo❤️ . Maternity ward deco by @rufflesandbloomers bloomers . #newborn #babyL #normal #delivery #111117 #babygirl #november #2017

A post shared by ? Baby L (@lufyaluvya) on


Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, telah berkahwin pada 26 November tahun lalu di Laman Cinta Nirwana, Ampang Hilir, Selangor selepas hampir setahun lebih mengenali satu sama lain.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @lufyaluvya