Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Hazami mendedahkan dia bakal mempersembahkan bakatnya menari menerusi lagu Joget Kenangan Manis.

Lagu bergenre irama Malaysia itu pernah didendangkan oleh Allahyarham Sudirman Arshad dan kata Hazami dia baru sekali menyanyikan lagu itu sepanjang hayat kariernya.

"Saya pernah menyanyikan lagu ini bersama Siti Sarah Raisudin suatu ketika dahulu, tetapi kali ini saya buat solo. Lagu itu sesuai dengan jiwa saya.

"Saya akan kekalkan rentak joget, tidak akan tukar apa-apa pun terutama susunan muzik. Mesti akan kedengaran pelik kalau saya ubah nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Selain Hazami, 10 bintang GV4 akan mempersembahkan lagu di luar zon selesa mereka pada minggu ini yang bertemakan Berani Ke Tidak?

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.



Digi Star Of The Week

Anda juga jangan lepaskan peluang mengundi Digi Star Of The Week pada setiap minggu dan berpeluang memenangi sebuah telefon pintar jenis Huawei P10 Lite.

Kami kongsikan bagaimanakah caranya.

1. Anda perlu memuat turun dan mendaftar masuk aplikasi MyDigi di telefon pintar anda.

2. Klik MyDigi Rewards.

3. Pilih "Undi Pantas Digi 4G Plus untuk GegarVaganza 2017" pada bahagian Monthly Rewards.

4. Tekan butang Get Reward dan sahkan pilihan anda.

5. Klik MyRewards dan tebus kod undi.

6. Isikan kod undi anda diuntuk mendapatkan 3 undian ekstra bagi artis kegemaran anda.


Teks oleh: Amri Hassan