Gitaris kumpulan Kristal, Rody mendedahkan sikap sebenar tunangnya iaitu penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Nur Izwani Azman.

Rody berkongsi perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG)nya semalam.

Entri berkenaan turut disertakan dengan foto yang merakamkan wajah pasangan ini tersenyum manis selepas majlis pertunangan mereka yang berlangsung di Kulai, Johor pada 4 November lalu.

Menerusi entri itu juga, Rody juga memberitahu dia lambat bertemu jodoh kerana tidak pandai bercinta.

“Sebab apa umur aku 31 tahun, baru aku jumpa dia? Sebab dulu-dulu aku tak pandai bercinta. Macam bercinta tapi tak sampai. Orang tak rasa yang kita cinta dekat dia.

“Bab memujuk selalunya akan minta tolong kawan-kawan tanya apa nak buat. Selalu gagal bab memujuk. Nak bagi bunga lagi tak pandai. Lepas itu tak pujuk. Biarlah nanti dia okay sendiri. Tuptap aku tak sedar sebenarnya orang dah putus harapan. Pintu hati dah tutup!

“Tunggu juga kot die nak mesej kita. Haha akhirnya di suruhnya kita beli buku macam mana cara bercinta. Sampai lah kenal dengan @niena_azmann tunang aku ni!

“Orang yang banyak bersabar, tahan je tapi dia bagitahu la macam mana perasaan perempuan. Aku cakap la bagi la peluang nak belajar bercinta. Sabar la dengan diri aku ni. Nak juga rasa gf buat kejutan hari jadi.

“Tapi kenal dia hari jadi aku dah lepas haha. Tapi tak sangka dia buat ‘surprise belated birthday’! Kira menjadi la sebab siang tu dia buat aku fikir macam-macam sampai lah sekarang, sikit-sikit aku dah bercinta dan buat keputusan untuk bertunang supaya tak terlepas!

“Tapi dia pernah merajuk sebab aku tak solat! Sebab tak pesan kat dia. Sebab pertama dia tertarik dengan aku dengan benda tula. Solat jangan tinggal ya. Tapi kadang kita alpa bila terlalu seronok bercinta!” jelasnya.

Dalam pada itu, Rody juga turut berterima kasih kerana Niena banyak bersabar dengan karenahnya.

“Aku dah janji nak bimbing dia sama-sama perbaiki diri. Mana tahu capai bercinta till jannah kan. Terima kasih sayang my tunang sebab banyak berkorban bersabar dengan I dan buat i rasa bahagia. Sebenarnya banyak lagi cerita, tapi nantilah sambung..hehe #kisahkita #NADi #aku #mogakekalhinggakejannah,”
tulisnya.

Rody merancang untuk mengikat tali pertunangan selama enam bulan dan mengadakan majlis perkahwinan, April tahun depan.

Foto: Instagram Rody Kristal