Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob akui tertarik dengan sifat keibuan yang ada pada diri isterinya itu.

Raf berkata, di awal detik perkenalan mereka, dia telah menguji Mawar untuk melihat keakraban hubungan wanita tersebut dengan anak-anaknya iaitu Raden Ahmad Rayyan, 6 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 2, hasil perkahwinan terdahulu.

“Setelah mengenali dia beberapa bulan, saya buat uji Mawar dengan anak-anak. Saya cuba dengan anak perempuan saya.

“Ini kerana anak perempuan saya paling susah nak lekat dengan orang. Tapi bila saya tengok tahap ‘bonding’ mereka begitu natural buat saya jatuh hati.

“Malah anak saya sendiri yang peluk dan, Mawar pula memang ramai anak buah jadi memang dia suka budak-budak.

“Bila saya tengok Mawar dan anak-anak begitu rapat, hati saya terdetik dia adalah satu-satunya dan akan menjadi ibu yang terbaik buat mereka,” katanya ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Raf juga memdedahkan nama panggilan Mawar oleh anak-anaknya.

“Kalau dulu sebelum kahwin anak-anak panggil ‘aunty’ Rose, tapi sekarang dah jadi ‘mummy’ Rose lah.

“Keakraban mereka itu sampai anak-anak pun asyik melekat dengan Mawar. Malah sewaktu akad nikah (semalam) pun mereka tidak mahu berenggang dengan Mawar,” ujarnya tersenyum.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, selamat bergelar isteri kepada Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, semalam.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah yang juga Imam masjid Saidina Abu Bakar As - Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang.

BACA: SEKALI LAFAZ, MAWAR RASHID SAH BERGELAR ISTERI RAF YAAKOB

Foto: Instagram Raf Yaakob / Mawar Rashid

Teks oleh: Mya Amri