Anggota kumpulan Miss A, Min mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak dengan pihak pengurusannya, JYP Entertainment.

Perkara itu diumumkan oleh wakil JYP Entertainment menerusi satu kenyataan media semalam.

“Hello ini adalah JYP Entertainment. Kami ingin memberitahu Min mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya yang telah tamat.

“Keputusan itu dibuat selepas perbincangan untuk memperbaharui kontraknya bersama kami dilakukan.

“Setakat ini masih belum ada sebarang keputusan mengenai promosi terbaru Miss A,” jelasnya.

Terdahulu, Min telah bersama Miss A selama tujuh tahun bermula dengan album single mereka berjudul ‘Bad But Good’ pada tahun 2010.

Sumber: Allkpop / Soompi