Cantik sungguh bakal isteri kepada pelakon kacak dan tinggi lampai Idris Khan yang dikenali sebagai Sanaa Jaffer.

Dikhabarkan Idris dan gadis kelahiran Magribi itu bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan.

Bagaimanapun tarikh sebenar majlis perkahwinan mereka tidak didedahkan oleh Idris.

Astro Gempak difahamkan perfect couple ini sudah menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

Selain menamatkan zaman bujang Disember ini, Idris turut teruja menantikan filem pertama terbitannya, KL Wangan, yang diterbitkan bersama beberapa rakan kongsi termasuk Pekin Ibrahim ditayangkan.

Khas untuk anda semua, Astro Gempak kongsikan beberapa foto sweet pasangan darah manis ini:



Foto: Instagram Idris Khan & Sanaa Jaffer