Dengan sekali lafaz, pelakon Mawar Rashid, 22, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah yang juga Imam masjid Saidina Abu Bakar As - Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang.



Mawar dan Raden atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.

Pihak lelaki juga memberikan mas kahwin berjumlah RM 900.

Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.


Majlis akad nikah yang bertemakan tradisional jawa itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu.

Majlis resepsi pasangan mempelai ini akan berlangsung pada 1 Disember bertempat di Pusat Konvensyen Center Sime Darby, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Raf, 32, yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley itu telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya untuk pihak Mawar pada 7 Mei lalu sebelum Raf berangkat ke London untuk bermain bola di Old Trafford di bawah Kelab Peminat Manchester United selaku Presiden My Man Malaysia.



Dan bertarikh 7 Jun lalu, Raf telah melamar Mawar.

Sementara itu, majlis pertunangan pada 7 Julai juga diadakan sebagai memperingati tarikh ulang tahun kelahiran arwah bapa Raf, Datuk Yaakob Mohammad.

Teks oleh: Mya Amri