Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita bertindak melempang seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 4 tahun, tular di media sosial.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook Friends of BN - Barisan Nasional, wanita itu dilihat begitu marah dengan kanak-kanak tersebut sehingga menampar mukanya.

Punca kejadian dikatakan berlaku kerana kanak-kanak lelaki itu dipercayai anaknya enggan memasuki sebuah kereta sebelum menarik budak itu supaya masuk ke dalam kereta tersebut.

Video yang berdurasi selama 50 saat itu dipercayai berlaku di Kuantan, Pahang dan telah ditonton lebih 113,000 dan dikongsi lebih 29 kali oleh pengguna Facebook.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa geram dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut kerana dia dilihat memperlakukan kanak-kanak itu seperti haiwan.

@Aishah Ibrahim Shahdin: 'Astagfirullah, tergamaknya seorang ibu bertindak demikian keatas amanahnya.

@Ilham Izzat: 'Akibat meninggalkan agama inilah cirinya. Sabar takda dalam diri, menafikan hak anak. Haihhhh manusia zaman sekarang. Kadang--kadang manusia lupa kedudukan dia.

@Tri Wahyuni Binti Juswahdi: 'Tension macam mana sekalipun bukan pada anak nak lepaskan kemarahan. Tak ada anak nak anak namun apabila dah ade anak buat cam gitu pula. Budak kecil mana la nak paham.

@Tiara: 'Bersyukurlah kerana dikurniakan zuriat. Jaga dengan sebaiknya jangan perlakukan amanah yang diberikan itu seperti haiwan kelak nanti akan menyesal.



Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi