Gadis yang bernama Siti Hajjar Ahmad mula mendapat perhatian netizen apabila kisah perniagaannya menjual nasi lemak menjadi viral di laman sosial.

Perniagaan yang diberi nama Nasi Lemak Anak Dara itu diusahakannya Hajjar di Seksyen 7, Shah Alam turut mendapat liputan media.

Astro Gempak turut melaporkan aktor dan pelawak Zizan Razak yang berkesempatan untuk mencuba sendiri keenakan Nasi Lemak Anak Dara.

Demi memenuhi permintaan ibunya, Zizan sanggup merempit dari Subang ke Shah Alam untuk mencari Nasi Lemak Anak dara yang sedang viral.

BACA: Ibu Teringin Nasi Lemak Anak Dara, Zizan Sanggup Merempit Ke Shah Alam

Menerusi laporan berita tersebut, Astro Gempak turut menerima komen-komen berbaur negatif netizen mengenai perniagaan Nasi Lemak Anak Dara yang sedang viral di ruangan komen Facebook Astro Gempak.









Tinjauan Astro Gempak di Twitter juga mendapati ramai yang memberikan komen sinis.



























Namun begitu, di sebalik komen negatif, ada juga netizen yang memberikan kata-kata perangsang dan memuji usaha Hajar dalam menjalankan perniagaan Nasi Lemak Anak Dara.