Bintang GegarVaganza 4 (GV4) Aishah menafikan dakwaan yang mengatakan tiada pihak sudi menaja pakaian untuk persembahannya dalam program tersebut.

Menurut Aishah, 52, dia juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

“Jadi viral pula cerita baju saya untuk GV4 ini. Tidak benar cerita mengenai tiada sesiapa nak sponsor baju untuk saya.

“That is not true lah dan saya juga tidak pernah pula bercerita tiada sesiapa nak sponsor, uish biar betul,” katanya menerusi status laman sosial Facebooknya, Wan Aishah Wan Ariffin pada Isnin.

Admin bekenan betul dengar @aishahjmm nyanyi. Kalau boleh nak like sampai nipis ibu jari. Siapa #TeamAishah tolong komen sikit pendapat korang. . Siapa nak tengok persembahan penuh bintang-bintang #GegarVaganza anda boleh layari ke www.gegarvaganza.com.my . #BintangKembaliMenyengat #KasiUp1Kali

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Selain menjelaskan mengenai isu baju, Aishah juga turut memberitahu dia lebih selesa menghadiri program berkenaan dengan hanya ditemani oleh suaminya sahaja.

“Saya memang tidak bawak ‘entourage’ yang besar, cukup sekadar suami yang mengiringi. Saya juga ada kawan-kawan dan peminat yang ‘organize’ untuk peminat.

“Solekan pun saya guna ‘make up’ artis Astro, setakat ini okay sahaja. Saya memang tidak suka ramai-ramai orang disekeliling saya, rimas. Dari dulu saya memang begini,” jelasnya.

Terdahulu, penampilan Aishah yang menggayakan busan berwarna merah telah mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dan berpendapat busana itu tidak sesuai digayakan Aishah yang dianggap sebagai penyanyi lagenda negara.

Mereka juga meminta supaya pereka fesyen lebih peka terhadap rekaan baju yang ingin diberikan kepada Aishah dan bukan hanya sekadar tangkap muat sahaja.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Teks oleh: Mya Amri