Penampilan pelakon Uqasha Senrose di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) semalam menarik perhatian netizen.

Selain penampilan yang agak seksi, perubahan bentuk badan pelakon cantik itu turut menjadi bualan hangat di media sosial.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen tidak kira negatif atau positif menerusi ruangan komen foto terbaru yang dimuat naik oleh Uqasha di akaun Instagram (IG)nya hari ini.

Thank you @nadiamarni and my kesayangan @niezamzaini

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on


Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut melihat penambahan berat badan Uqasha yang membuatkan dirinya nampak sedikit berisi.

Mereka juga berpendapat gaun satin yang digayakan oleh Uqasha itu tidak sesuai dengan bentuk tubuh badannya.

Uqasha hadir ke majlis berprestij Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur sambil ditemani kekasihnya, Hefny Sahad.

Foto: Instagram @uqashasenrose2