Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017: Hanyut Raih Trofi Filem Terbaik

Hiburan
Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2017: Hanyut Raih Trofi Filem Terbaik
Filem arahan U-wei Hj Saari, Hanyut berjaya merangkul trofi Filem Terbaik di malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017).
 
Selain itu, Hanyut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (U-wei Hj Saari), Lakon Layar Terbaik (U-wei Hj Saari), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).
 
Karya arahan sutradara terkenal Erma Fatima, Pesan Dari Tuhan dinobatkan sebagai Drama Terbaik.
 
Naskhah itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik (Erma Fatima), Lakon TV Terbaik (Erma Fatima) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).
 
Diacarakan oleh Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk SYJ, ASK 2017 diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur.
 
Berikut merupakan senarai keputusan ASK 2017:
 
Rancangan Majalah Terbaik - Misi K 2016
 
Rancangan Realiti Terbaik - 3 Juara Akhir
 
Rancangan Anugerah Terbaik - Anugerah Juara Lagu 31
 
Pelakon Komedi Terbaik - Papa Sayang
 
Drama Komedi Terbaik - Budak Ijat
 
Lakon TV Terbaik - Erma Fatima: Pesan Dari Tuhan
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Diana Danielle: Hanyut
 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Khalid Salleh: Hanyut
 
Lakon Layar Terbaik - U-wei Hj Saari: Hanyut
 
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Azizah Mahzan: Terima Kasih Ramadan
 
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Remy Ishak: Pesan Dari Tuhan
 
Pengarah Terbaik Drama - Erma Fatima: Pesan Dari Tuhan
 
Pengarah Terbaik Filem - U-wei Hj Saari: Hanyut
 
Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sangeeta Krishnasamy: Adiwiraku
 
Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Khir Rahman: Rock Bro
 
Pelakon Wanita Terbaik Drama - Fasha Sandha: Terima Kasih Ramadan
 
Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Hasnul Rahmat: Kapcai Ayah
 
Drama Rantaian Terbaik - My Sweet Lavender
 
Filem Terbaik - Hanyut
 
Drama Terbaik - Pesan Dari Tuhan
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram @tv3malaysia
 

Artikel Berkaitan