Pelakon drama mini bersiri online Mata Cinta, Syamim Farid akui tidak kisah apabila kerap diajukan soalan mengenai cahaya mata.

Syamim berkata dia sememangnya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu dan menyerahkan segalanya kepada rezeki.

“Kami tidak merancang apa-apa dan serahkan segalanya kepada rezeki. Secara jujurnya, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu.

“Saya sangat sukakan kanak-kanak, andai diberi rezeki dalam masa terdekat pun, Alhamdulillah saya okay sahaja.

“Memang ramai bertanya tetapi itu tidak menjadi masalah, bagi saya itu soalan normal yang sering diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin.

“Saya tidak rasa terganggu cuma saya akan jawab InshaAllah, akan datang,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain Syamim, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Julien Buteau, Juliana Evans, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.


Saksikan Mata Cinta yang disiarkan secara ekslusif menerusi platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak.

Foto: Instagram @syamimfarid

Teks oleh: Mya Amri