Ibu kepada pengacara dan pelakon Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed kelihatan sangat anggun dan jelita biarpun sudah berusia 51 tahun.
Bertemu dengan Kartini ketika majlis pelancaran koleksi hijab terbaru, Helena by Naelofar Hijab di Talent Lounge, Damansara Perdana baru-baru ini, Astro Gempak sempat bertanyakan mengenai petua awet muda yang diamalkan olehnya.
"Sebenarnya, tiada sebarang petua yang saya amalkan. Saya hanya amalkan beberapa tips ringkas. Amalan penjagaan diri saya sungguh mudah. Setiap kali bangun tidur, saya akan terus menikmati secawan air putih.
"Saya pernah membaca satu artikel mengenai kebaikan minum air putih untuk penjagaan diri. Jadi saya mengamalkan untuk minum air putih sewaktu bangun tidur, sebelum mandi dan selepas mandi," kata Kartini.
Tambah Kartini, dia juga mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seharian.
"Saya tidak menyimpan sebarang perkara negatif di dalam hati. Saya anggap cerita negatif sebagai satu perkara yang tidak mustahak dan mahu sentiasa kekal positif.
"Selain itu, bercakap mengenai elemen kecergasan, saya juga mengamalkan senaman ringan seperti pilates dan yoga. Saya juga sering berjalan-jalan di sekitar taman selama 30 minit untuk kekal aktif," katanya lagi.
Koleksi Helena by Naelofar Hijab dilancarkan bersempena watak Helena yang dibawakan Neelofa dalam drama bersiri Red Velvet.
Dalam koleksi yang merangkumi instant hijab, selendang dan scarf ini, ia datang dengan beberapa nama unik seperti Sweet Helena, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena dan Silky Helena.
Dijual dengan harga bermula RM60 sehingga RM99, koleksi Helena by Naelofar Hijab boleh didapati menerusi laman sesawang www.naelofarhijab.com
Sama-sama kita saksikan drama bersiri lakonan Neelofa, Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @noorkartini
Kamaruddin Razal
Thu Nov 02 2017
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!