Dua minggu lalu, Astro Gempak pernah kongsikan kisah seorang lelaki bernama Muhammad Fauzi yang ditumpangkan oleh pelawak terkenal Shuib Sepahtu ke klinik selepas berdepan kemalangan motosikal.

Kisah itu mendapat perhatian hampir 1.2 juta pengguna laman sosial yang melayari Facebook Astro Gempak.

Baca: Selamatkan Mangsa Kemalangan, Netizen Puji Budi Baik Shuib Sepahtu

Ucapan penghargaan terima kasih itu tular di Facebook hingga mendapat lebih 600 perkongsian dan 3,000 reaksi.

Malah di Astro Gempak sendiri, kisah mengharukan itu turut mendapat perhatian pembaca yang rata-ratanya memuji sikap prihatin Shuib.

Sememangnya seseorang selebriti perlu menjadi suri teladan dan sentiasa peka dengan situasi sekeliling.

Dengan pengaruh yang ada pada seseorang artis, mereka seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat untuk menjadi ikutan di masa akan datang.

Budi baik yang ditampilkan oleh Shuib menarik perhatian netizen. Berikut merupakan komen-komen yang ditulis di Facebook Astro Gempak.







Teks oleh: Amri Hassan