Bintang GegarVaganza 4 (GV4), Elyana akui lebih selesa untuk tampil tidak berkasut semasa membuat persembahan.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, cara itu membuatkan dia lebih berkeyakinan untuk beraksi atas pentas.

“Dari dahulu lagi saya memang seorang manusia yang tidak boleh memakai kasut ketika membuat persembahan.

“Sebab kalau berkasut, saya akan jadi gugup dan lupa dengan semua benda yang akan dilakukan. Jadi saya berkaki ayam untuk keselesaan diri saya sendiri.

“Untuk persembahan minggu hadapan, tengoklah bagaimana sama ada berkasut atau pun tidak.

“Bergantung kepada jenis kasut yang saya rasa selesa untuk bergerak atas pentas, saya akan pakai.

“Tapi setakat ini saya masih selesa untuk berkaki ayam,” katanya kepada Gempak.

Elyana ditemui selepas konsert pertama GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Dalam pada itu, Elyana yang menyampaikan lagu Tak Tercapai Akalmu juga turut menyatakan rasa berbesar hati apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Diingati.

“Saya sangat berbesar hati dan memang tak sangka langsung, waktu saya terima anugerah itu pun rasa seperti tak percaya.

“Sebab pada saya, rasanya lebih banyak lagi lagu-lagu lama yang orang kata lebih layak untuk menang,” ujarnya.

Konsert pertama GV4 menyaksikan Elyana berada di kedudukan ketujuh dengan peratusan sebanyak 85%.

GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Persembahan @elyanaofficial yang mantap! Dan tetap dengan persembahan berkaki ayam! . . Tonton #GegarVaganza SEKARANG di Astro Ria & Ria HD atau secara online di ‪www.gegarvaganza.com.my‬,

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Foto: Instagram @elyanaofficial

Teks oleh: Mya Amri