Pelawak dan penyampai radio Era FM, Fad Bocey menyembunyikan kesakitan di bahagian lutut untuk beraksi di pentas akhir Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017) Jumaat lalu.

“Pada Isnin minggu lalu, saya terlibat dalam kecederaan ketika bermain bola sepak untuk Mak Jemah FC. Lutut saya ‘beralih’ dan kecederaan itu memang satu kebiasaan untuk orang yang selalu bermain bola.

“Biarpun pergerakan saya terhad di pentas SSS2017, saya sembunyikan perkara itu. Saya cuba untuk menampilkan persembahan bertenaga dan saya kekal fokus untuk memberikan isi kandungan terbaik dalam setiap permainan,” kata Fad.

ACL pulak dahh..gelecek punye gelecek meletup satu kali..haihh..nak bagi okay untuk jumaat ni jee,bg lepas super spontan..pliss ye lutut ku yg ku syggg??

A post shared by FAD BOCEY (@fadbocey) on

Bismillahirohmanirrohim..assalammualaikum semua..syukur alhadulillah selesai sudah superspontansuperstar2017..terima kasih utk isteri tercinte mmy @syaheeraarahman yg x putus2 menyokong jatuh bangun sy,yg x putus doa utk sy,terima kasih utk mak abah di johor yg sentiasa juge berada di belakang mendoakan sy,mama abah mertua sy yg xputus doa utk sy..tidak lupe buat insan yg bertanggungjawab membawa sy sejauh ini,my sifu @afdlinshaukiofficial ,terima kasih abg utk semua tunjuk ajar dan peluang yg abg bg utk sy..terima kasih buat abg @adyman76 n abg #aizam dan semua krew astro n visionwork..kalian semua mmg hebat..tahniah utk sahabat2 sy,my bro @kamaladli kw da bole beli motor baru mal???? n my brotherhood @acheykintangkintung lu dah mmg sentiasa terbaik chey,alhamdulillah ada jgk rezeki kite semalam..terima kasih utk boss @mustaffakamarmazlan yg menjadi kan sy dan supporter sy gempak cantik dan kacak semalam..huhu..dan jutaan terima kasih buat anda semua @fadrangers yg xputus2 menjadi tulang belakang sy sepanjang di super spontan..sanggup dtg setiap minggu,anda x ramai tp kesetiaan anda yg buat kite nampak ramai,insyaallah kite jumpe lg di masa akan dtg???

A post shared by FAD BOCEY (@fadbocey) on


Bersyukur kerana mendapat tempat kedua di SSS2017, Fad menganggap kemenangan ini sebagai rezeki untuk dirinya.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur. Tak sangka saya dapat meraih tempat kedua kerana saya menyertai SSS2017 untuk bergembira bersama rakan-rakan yang lain.

“Tahun ini cabaran semakin sengit dan saya juga terlibat dengan kecederaan sebelum pentas akhir SSS2017. Saya tetap bersyukur kerana mendapat peluang terbaik dan mengakhiri permainan di posisi naib juara,” katanya yang memenangi wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Pelakon Kamal Adli menepati ramalan apabila diumumkan sebagai juara Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Kamal yang merupakan anggota kumpulan King Musang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 dan trofi.

Sementara itu, Achey Bocey menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @fadbocey