Peminat aktor Soffi Jikan sudah tidak sabar untuk menantikan ayat-ayat power yang akan diungkapkan oleh pelakon itu dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Polis Evo 2.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Soffi telah berkongsi beberapa keping gambar ketika berada di set penggambaran filem tersebut baru-baru ini.

"Set shooting #polisevo2 #pembunuhkejam set #pembunuhsadis #penjahatganas #KASISENGAT," tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui tidak sabar untuk menonton lakonannya dan menantikan ayat-ayat power yang akan digunakan oleh Soffi dalam filem ini.

@hanisasmui_24: 'Wahhh.. tak sabar nak dengar ayat-ayat power daripada abang Soffi Jikan dalam filem ini nanti.

@ZharifH32: 'Agaknya ayat apa yang akan digunakan oleh Soffi pada filem kali ini. Mesti mantap lakonannya bersama pelakon-pelakon yang lain.

@alep_1010: 'Baiklah abang kasi sengat satu kali, jangan lupa bagi ayat-ayat yang power. Saya tak sabar nak tengok nanti.

Selain itu, bercerita mengenai perkembangan terbaharu, Soffi Jikan akan tampil dalam sebuah telemovie, Semerah Darah, menerusi slot Karya 12 vol. 2.

Karya 12 vol. 2, merupakan inisiatif Astro untuk memberi peluang kepada pengarah berpengalaman dan pengarah muda berkongsi pengalaman dalam menghasilkan sebuah telemovie yang berkualiti.

Antara pengarah berpengalaman yang terlibat ialah Rashid Sibir, Nik Amir Mustapha, Mamat Khalid, Feroz Kader, Tunku Mona Riza dan Razaisyam Rashid.

Sementara itu pengarah muda yang akan diberi peluang untuk menghasilkan karya mereka ialah Muhammad Haffez Bin Mohd Amin, Ikmar Sarbin, Hadli Hairudin, Nur Syuhada Zamri, Najmie Maziez dan Vigniswara.

Sebanyak 12 telemovie akan ditayangkan setiap minggu menerusi Karya 12 vol. 2.

Jangan lupa untuk menyaksikan telemovie, Semerah Darah, pada 28 Oktober ini(hari ini), pada pukul 9 malam di saluran Astro Citra (saluran 131).