Penyanyi muda Haqiem Rusli, 19, menafikan dakwaan dia bersikap sombong hingga sering dilabelkan sebagai 'playboy'.

Persepsi itu disokong pula dengan imej bercermin mata gelap kebanyakan masa terutama ketika membuat persembahan pentas.

Terkejut dengan label seorang playboy, Hakiem menegaskan dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan dia sebenarnya tidak mempunyai kelompok kenalan perempuan yang ramai berbanding lelaki.

"Saya tak ramai kawan perempuan, kalau ada pun dalam dua atau tiga orang sahaja.

"Oleh itu, saya lebih selesa dengan kawan-kawan lelaki saya. Mana ada saya playboy!" katanya yang ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Haqiem antara pendatang baharu seni suara yang berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 menerusi lagu Segalanya dan Tergantung Sepi.

Selain Haqiem, Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 didominasi penyanyi baru antaranya Wany Hasrita, Tajul, Khai Bahar, Sufian Suhaimi dan Aiman Tino.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @haqiemrusli