Pelawak Mamat Sepah menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat penyanyi Aqasha membuat persembahan di minggu pertama GegarVaganza (GV4) yang bakal berlangsung Ahad ini.

Rasa terujanya itu dinyatakan menerusi ruangan komen entri yang dimuat naik oleh Aqasha semalam.

“Wa dah pecah tabung ni 'standby' nak undi lu @theaqasha,” tulisnya.

Komen Mamat itu juga turut dibalas oleh Aqasha.

“@mamatsepah lu memang ‘brother’ la Mat,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat juga tidak ketinggalan memberikan kata-kata semangat buat pelakon kacak tersebut.

“'All the best' @theaqasha, suara awak memang seperb! Suara jantan dan salah satu bakal pelapis Datuk M.Nasir tu. Suara awak memang 'limited edition'. Semoga berjaya abang Aqasha. #peminataqasha” - @fj198

“Antara yang dinantikan dalam GV4. Good luck dan kalau boleh nyanyi lagu Embun okay.@theaqasha 'all the best to you',” - @zureenngah

“'Good luck' untuk GV4 abang. Kasi pecah itu pentas hehe,” - @mjsupplementzstore

hai!! korang dah ready untuk #GEGARVAGANZA hari ahad ni? Apa kata kita berkenalan sikit dengan @theaqasha . . Nak kenal Aqasha dan peserta-peserta lain lebih lanjut? Tonton GV Close-Up di www.gegarvaganza.com.my #BintangKembaliMenyengat #KasiUp1Kali

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial) on


Aqasha bakal membawakan lagu nyanyiannya berjudul Embun.

Selain Aqasha, 11 bintang lagi adalah Hazami, Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida, Raja Azura, Lan Kristal, Tia Jinbara, Firman Siagian, dan Ferhad.

Konsert pertama GV 4 akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) atau di aplikasi Astro Go dan On Demand.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, setiap Ahad jam 9 malam.

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam bermula 16 Oktober ini.

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Foto: Instagram @theaqasha

Teks oleh: Mya Amri