Pelakon Indonesia, Baim Wong, mengakui berang apabila ada pihak yang mendakwa bahawa dia telah berpisah dengan kekasihnya, Vebby Palwinta.

Menurusi laporan Kapan Lagi, Baim memberitahu agar orang ramai supaya mendoakan agar segera berkahwin dan tidak menyebarkan khabar angin yang tidak betul.

"Setiap kali berjumpa mesti orang akan bertanyakan hal peribadi saya dengan Vebby.

"Perkara itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya kerana keluarga kedua-dua pihak akan bertanya mengenai status sebenar hubungan kami jika ada isu yang mengatakan kami berpisah.

"Apa yang saya boleh katakan hubungan kami masih baik dan saya serius dengan percintaan ini kerana usia saya pada tahun ini sudah 35 tahun.

"Saya berharap agar orang ramai dapat memberi masa kepada saya untuk meneruskan kerjaya ini dengan tenang kerana bila timbul gosip sebegini ia akan menggangu saya," katanya.

Tambah aktor berusia 35 tahun itu lagi, dia juga telah membawa Vebby Palwinta berjumpa keluarganya supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain.

Sumber: Kapan Lagi