Untungnya! Fattah Amin & Alvin Chong Menginap di Villa Bernilai RM24,00 Satu Malam!

25 Oktober 2017. 6.00 PM
3,002
Hiburan
Untungnya! Fattah Amin & Alvin Chong Menginap di Villa Bernilai RM24,00 Satu Malam!
Pelakon Fattah Amin dan Alvin Chong berpeluang menginap di sebuah villa mewah yang bernilai RM24,000 satu malam.

Berjaya melunaskan pelbagai cabaran yang diberikan dalam The House, pengalaman menyeronokkan itu dirasai oleh Fattah dan Alvin dalam episod terakhir The House musim keempat.

Peluang keemasan ini diberikan sebagai ganjaran untuk Fattah dan Alvin sebelum mengakhiri program The House.

Fattah dan Alvin menyifatkan villa mewah itu sebagai satu destinasi sempurna untuk merehatkan minda dan fikiran.

Jangan lupa untuk menyaksikan gelagat mereka dalam musim terbaru The House!
 
Karakter sebenar Alvin dan Fattah dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti tersebut dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu dan mencuit hati mereka.
 
Kenali Fattah dan Alvin dengan lebih lanjut dan ikuti perjalan persahabatan mereka dalam musim terbaru program realiti ini.
 
Tonton episod penuh The House yang ditayangkan secara eksklusif menerusi www.thehouse.com.my atau portal Astro Gempak!
 
Anda juga boleh menikmati The House menerusi aplikasi Gempak. Muat turun aplikasi tersebut sekarang di Apps Store serta Play Store.
 
Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan