Meskipun hubungan cinta Justin Bieber dan Selena Gomez sudah berakhir pada tahun 2014, tetapi mereka kini dikatakan semakin rapat.

Terbaharu, Bieber dilihat 'kantoi' mengunjungi rumah bekas kekasihnya dan kelibat keretanya telah dirakam oleh paparazi.

Menurut TMZ, pada mulanya Selena Gomez dilihat telah memasuki rumahnya dan tidak lama beberapa minit kemudian kelibat Biber pula datang bersama keretanya.

Namun menurut sumber, hubungan mereka tidak lebih dari seorang teman.

Malah Selena dikatakan masih menjalinkan hubungan cinta yang teguh bersama The Weeknd.

The Weeknd juga diakatakan sudah mengetahui rancangan Bieber untuk mengunjungi kediaman Selena.

Difahamkan mereka bukan sahaja berdua, malah mereka bersama teman-teman yang lain di rumah Selena.

Sumber: TMZ