Sebelum ini, Astro Gempak ada menyiarkan beberapa artikel dan video mengenai seorang peminat tegar Akademi Fantasia (AF) bernama Aizat Arshad.

Aizat adalah peminat yang dikatakan berani memecah masuk belakang pentas ketika konsert AF Megastar berlangsung.

Malah Aizat dilihat berjaya mengambil gambar swafoto serta video bersama bintang-bintang di AF Megastar.

Akhirnya, pihak Astro dapat mengesan siapa sebenarnya Aizat.

Rupa-rupanya Aizat ini adalah peminat Akademi Fantasia sejak musim kedua (AF2) iaitu ketika mengikuti peserta kesayangannya iaitu Anding.

Sejak itu, Aizat yang berusia 28 tahun itu terus mengikuti Akademi Fantasia dan meminati Idayu pula di AF3 sehingga kini.

Patutlah peminat yang berasal dari Sarawak itu dilihat terlalu fanatik dengan AF Megastar.

Malah Aizat selalu dilihat sering mengikuti Idayu untuk berswafoto bersama penyanyi itu dengan menggunakan telefonnya, Vivo V7plus.

Vivo V7plus merupakan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi kamera hadapan 24 megapixel, 16 megapixel kamera belakang, mempunyai paparan skrin penuh mempunyai cahaya 'new selfie softlight' ketika berswafoto di dalam gelap dan menariknya mempunyai 'face beauty 6.0 mode' untuk kualiti gambar yang cantik.

Selain itu, Vivo V7plus sesuai digunakan untuk menghasilkan kualiti gambar seperti seorang juru foto amatur dengan spesifikasi Bokeh Mode, 52 megapixel Ultra HD Photos.