Buat julung-julung kalinya LEGOLAND Malaysia Resort bakal menampilkan program realiti bertemakan kekeluargaan, Famili LEGOLAND.

Famili LEGOLAND menampilkan pengacara popular Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad bersama dua buah keluarga yang akan bertanding di antara satu sama lain.

Dua buah keluarga yang bertanding diberi tugasan untuk menyelesaikan pelbagai cabaran yang terdapat di taman tema LEGOLAND Malaysia.

Menariknya program ini, kanak-kanak yang bakal menjadi ketua kumpulan dan merancang strategi untuk kumpulan masing-masing!



Dalam episod pertama yang bertempat di Lego City, macam-macam kerenah dapat dilihat ketika adik-adik cuba mencari minilander tersembunyi.

Ada juga cabaran yang memerlukan, ibu bapa meneka apa yang dilukis oleh anak-anak mereka dan yang paling mencabar, kanak-kanak siap belajar bawa kereta dan bot sambil menyelesaikan cabaran diberi.

Nak tahu kenapa setiap peserta memberi saingan sengit? Kerana pemenang akan mendapat “LEGOLAND VIP expedition”, sesi khas bersama Model Builder (pereka model lego), ekslusif bersama maskot legoland, tour esklusif dengan Guide dan VIP enterance dan pemenang mendapat minilander sendiri iaitu, identiti mereka akan di buat dengan lego dan akan diletak di “Miniland”!!!



Wowww! Hebat bukan???

Yang pastinya, penonton di rumah yang menonton pasti teruja menonton para peserta melakukan cabaran dan terasa seperti mahu mencuba semua cabaran dilalui mereka sendiri!

Enam episod yang disiarkan, kesemuanya menunjukkan tarikan berbeza yang terdapat di Legoland Malaysia resort.

Penonton juga dapat mengetahui segala jenis pertunjukkan dan ride yang terdapat di Legoland Malaysia resort, selain dapat dapat melihat sendiri keunikan Hotel bertema Legoland.




Kalau anda ingin tahu lebih mengenai LEGOLAND sambil berseronok, saksikan Famili LEGOLAND bermula 23 Oktober ini, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan 28 Oktober, 10 pagi di Astro Ceria (611).

Tak rugi jika anda menonton program realiti pertama LEGOLAND ini kerana ada tawaran pakej istimewa Famili LEGOLAND. Saksikan rancangan untuk mendapat maklumat lanjut. Jangan terlepas peluang ini.

LEGOLAND Malaysia Resort merupakan LEGOLAND Park yang pertama di Asia yang terdiri daripada Theme Park, Water Park and Legoland Hotel.

Lebih daripara 23 ribu Model Lego pelbagai karakter yang 100% diperbuat daripada lego ada di seluruh Legoland dan terdapat lebih daripada 70 rides, pertunjukan dan pelbagai tarikan lain.