Anggota kumpulan Miss A, Suzy mengakui tidak menyukai single terbaharu mereka 'I Don't Need A Man'.

Menurut laporan Koreaboo, Suzy membuat pengakuan tersebut kerana tajuk lagu itu akan menyebabkan peminat lelaki akan menbenci kumpulan mereka.

"Sejujurnya judul lagu itu seolah-olah menunjukkan Miss A menolak peminat lelaki daripada meminati kumpulan ini.

"Sudahlah kami tidak mempunyai ramai peminat lelaki, lepas tu tajuk lagu macam ini pula.

"Mungkin selepas ini kami harus berhati-hati dalam menghasilkan tajuk lagu kerana risau peminat akan mula membenci kami," katanya menerusi temu bual dalam rancangan JYP's Party People, baru-baru ini.

Tambah Suzy, dia amat meminati single awal mereka 'Goodye Baby' yang dilihat benar-benar menguji kempuan vokal kumpulan itu.

Sumber: Koreaboo