Pelakon popular Bollywood Kajol, terkejut apabila suaminya, Ajay Devgan tidak membenarkannya menonton filem terbaru berjudul Shivaay.

“Tanya dia (Ajay) kenapa tak bagi saya tonton filem Shivaay sedangkan promosi filem ini telah pun berjalan dengan lancar,” katanya tegas kepada The Times of India dalam sesi sidang media di India baru-baru ini.

Namun itu semua hanya gurauan Kajol menarik perhatian media untuk melariskan lagi filem itu agar ditonton oleh orang ramai.

“Sebenarnya filem ini masih lagi dalam proses suntingan terakhir dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi.

“Apabila sudah siap, saya antara orang pertama yang akan menontonnya.

“Apa yang saya boleh kongsikan disini, Ajay telah berkerja keras untuk menghasilkan filem terbarunya.

“Saya juga tidak sabar untuk melihat hasilnya dan akan terus memberi sokongan sepenuhnya,” kata Kajol.

Shivaay merupakan filem aksi yang turut dibintangi oleh Ajay Devgan bersama pelakon Bollywood lain seperti Sayesha Saigal, Erika Kaar dan Vir Das.

Filem ini telah menjalani penggambaran pada November 2014 dan lokasi penggambarannya adalah di Mussoorie dan Bulgaria.

Shivaay juga merupakan filem kedua arahan Ajay dan telah menjalani promosi di Amerika Syarikat pada bulan lalu bersempena sambutan Deepavali.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: The Times of India