Untungnya! Selepas Bersalin Anak Sulung, Amar Baharin Hadiahkan Amyra Rosli Kereta

Hiburan
Untungnya! Selepas Bersalin Anak Sulung, Amar Baharin Hadiahkan Amyra Rosli Kereta
Selepas beberapa hari menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka, pelakon Amar Baharin menghadiahkan isterinya, aktres Amyra Rosli sebuah kereta.

Amyra berkongsi khabar gembira ini menerusi sebuah foto bayi mereka memegang kunci kereta.

Foto itu telah dimuat naik oleh Amyra di laman Instagram miliknya, @aamyrarosli.
 

Pengikut Instagram Amyra memuji tindakan Amar dan mereka merasakan pemberian tersebut sangat ‘sweet’.

Selain itu, komen-komen netizen turut menyifatkan Amyra sebagai seorang wanita yang sangat beruntung mempunyai suami seperti Amar.

Ramai juga yang meninggalkan komen meneka model kereta yang dihadiahkan Amar kepada Amyra.

Rata-rata peminat meneka Amar menghadiahkan Amyra kereta jenama Honda berdasarkan jenis kunci kereta yang dimuat naik dalam gambar.

Amyra selamat melahirkan bayi sulung mereka di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @aamyrarosli
 

Artikel Berkaitan