Pelawak Shuib Sepahtu dan penyanyi Amy Mastura gagal melayakkan diri ke peringkat akhir program Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

Di pusingan separuh akhir SSS2017, ahli kumpulan King Musang yang kalah di tangan kumpulan Tenggiling Taiko mengundi nama Shuib dan Amy untuk menjadi mangsa penyingkiran.

Pusingan akhir bakal menyaksikan semua peserta bersaing secara individu untuk meraih gelaran juara SSS2017.

Lapan peserta yang tinggal adalah Ozlynn, Sharif Zero, Mamak Puteh, Shahrol Shiro, Achey Bocey, Kamal Adli, Shuk SYJ dan Fad Bocey.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

@amymasturalerr & ketua kumpulan #KingMusang @shuibsepahtu tidak berjaya ke Final #superspontansuperstar .

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on