Penyanyi dan komposer, Taylor Swift dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta terbaharu bersama bintang filem 'Batman v Superman: Dawn of Justice', Ben Affleck.

Gossip Cop melaporkan mereka kini dalam proses fasa pertama untuk mengenali hati budi masing-masing.

Menurut sumber, pertemuan pertama mereka terjadi ketika bertemu dibelakang pentas konsert jelalah album 1898 Taylor Swift pada tahun lalu.

Sejak bertemu di belakang pentas tersebut, keduanya dilihat bertukar nombor telefon dan saling berhubung antara satu sama lain.

"Kecantikan Taylor dilihat dapat menarik minat Ben yang ketika itu dalam proses perceraian dengan isterinya iaitu Jennifer Garner.

"Dalam waktu singkat mereka telah menjadi teman rapat. Semuanya bermula dari sms biasa yang kemudian jadi lebih mesra terutamanya selepas Taylor berpisah dengan Tom Hiddleston,"kata sumber.

Terdahulu Taylor Swift telah berpisah dengan pelakon Tom Hiddleston selepas mereka dikatakan sudah sehaluan lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing .


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi