Bila sudah bergelar selebriti, semua perkara yang dilakukan pasti akan menjadi perhatian! Begitu juga dengan penyanyi Siti Sarah yang tidak terlepas daripada cakap-cakap nakal orang di luar sana.

Antaranya, apabila memuatnaik foto mesra bersama suaminya, Shuib, Sarah dikatakan berpura-pura berbuat demikian hanya untuk menutup masalah yang berlaku dalam rumah tangganya.

Tapi sebenarnya menurut Sarah, untuk apa berkongsi masalah di media sosial kerana perkara tersebut tidak membawa sebarang manfaat.

Ada juga yang mengatakan Sarah kerap memuat naik foto bersama Shuib kerana ingin menutup sikap cemburunya?

Sarah dikatakan seorang isteri yang cemburu dan ‘queen control’, sebab itulah dia kerap mempamerkan kemesraan bersama suami di media sosial!

Kalau panggil2 die buat tak denga ... kite nyanyi mesti die datang..bile dah datang die nak berjoget pulak ! Cukup disini saja .. Kalau banayk nanti pedih mata memandang.. @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Benar atau pun tidak dakwaan tersebut? Sarah akan menjawab sendiri soalan yang dilontarkan kepadanya di hadapan Shuib dalam menerusi program Konti Karat, malam ini.

Agaknya macam mana reaksi Shuib ketika isterinya diasak soalan bertalu-talu oleh wartawan jemputan, Farihad Shalla?

Adakah Shuib akan membantu isteri kesayangannya? Atau membiarkan sahaja Sarah menjawab semua soalan yang diberikan?

Jangan lupa saksikan Konti Karat malam ini jam 9 malam di saluran Astro Prima saluran 105 dan Maya HD saluran 135.

Dalam perkembangan lain, Sarah kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Indigital.

Foto/Video: Instagram @sitisarahraissuddin