Penyanyi Marsha Milan mendedahkan dia hampir berputus asa untuk meneruskan perjuangan di AF Megastar.
Marsha berkata bukan mudah menjadi bintang AF Megastar bagi merealisasikan persembahan terbaik setiap minggu.
"Meskipun pihak Astro menyerahkan 80 peratus keputusan dari segi pemilihan lagu dan gaya persembahan serta susunan muzik, namun sesungguhnya ia bukan perkara yang mudah.
"Setiap minggu saya akan berbincang dengan 'team' saya, lagu apa yang sesuai untuk saya serta persembahan bagaimana yang perlu saya lakukan termasuk juga dengan pemilihan busana.
"Saya akui, saya tidak mempunyai vokal yang unik seperti finalis lain. Jadi saya perlu memberikan persembahan yang penuh warna dan menarik di atas pentas.
"Bila terlalu bekerja keras hampir tujuh minggu ini, saya akui penat dan ia mengganggu kesihatan saya.
"Sejujurnya, saya hampir putus asa di konsert separuh akhir kerana tugasan minggu itu lebih berat iaitu saya perlu bawa dua lagu, tambahan pula saya mengalami sakit tekak.
"Namun saya bersyukur kerana dapat melaluinya dengan baik dan berjaya ke peringkat akhir," katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Marsha bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong kerjayanya serta bertindak sebagai penasihat.
"Alhamdulillah, sokongan saya lebih berat di dalam AF Megastar ini.
"Suami adalah orang yang membakar semangat saya. Jika saya rasa 'down', dia yang akan menjadi pakar psikiatri saya.
"Malah, setiap minggu dia akan luangkan masa untuk menonton serta memberi semangat kepada saya di Konsert AF Megastar," katanya lagi.
Selain, Marsha bintang yang berjaya mara ke peringkat akhir adalah Idayu, Bob, Syamel dan Shahir.
AF Megastar yang dikemudikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.
Untuk menonton video persembahan bintang-bintang AF Megastar, layari http://www.gempak.com/af-megastar/video
AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/
Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Fri Oct 20 2017
Pasangan Jutawan Beri Harta, RM20 Juta Kepada Orang Awam Untuk Jadi Sami
Pasangan usahawan yang juga jutawan terkenal dari Gujarat, India sanggup melepaskan kehidupan mewah demi menjadi sami
"Tak Boleh Berhenti Senyum" - Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.