Jika sebelum ini seorang peminat tegar Akademi Fantasia dilaporkan dengan selamba pecah masuk belakang pentas sewaktu berlangsungnya Konsert AF Megastar, kini ia berulang lagi.

Menerusi sebuah rakaman video di Astro Gempak, ia memaparkan seorang peminat bernama Aizat Arshad yang bukan sahaja curi-curi masuk ke belakang pentas, malah berpeluang ke sidang media.

Kali ini, vlog Aizat menunjukkan dia dengan senang hati dapat melihat apa yang dilakukan bintang AF Megastar seperti Bob, Syamel dan yang lain di belakang pentas.

Menariknya dalam video itu dia dapat merasai pengalaman bagaimana sidang media AF Megastar setiap minggu dilakukan bersama juri dan bintang-bintang lain.

Aizat berpeluang menemubual bintang AF Megastar yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Lima bintang yang mara ke final adalah Idayu, Bob, Marsha, Syamel dan Shahir.


Vivo V7plus merupakan telefon pintar yang mempunyai spesifikasi kamera hadapan 24 megapixel, 16 megapixel kamera belakang, mempunyai paparan skrin penuh mempunyai cahaya 'new selfie softlight' ketika berswafoto di dalam gelap dan menariknya mempunyai 'face beauty 6.0 mode' untuk kualiti gambar yang cantik.

Selain itu, Vivo V7plus sesuai digunakan untuk menghasilkan kualiti gambar seperti seorang juru foto amatur dengan spesifikasi Bokeh Mode, 52 megapixel Ultra HD Photos.